Tips untuk Penjagaan Cermin Hadapan Kereta Anda supaya tiada watermark atau kotoran yang melekat ..!!
Tips untuk Penjagaan Cermin Hadapan Kereta
1. Nak cermin
lebih tahan lama? Selalu lah tempatkan kenderaan anda di kawasan yang teduh.
Elakkan meninggalkan kenderaan di bawah sinaran matahari lebih2 lagi untuk
tempoh masa yang lama. Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti cermin kereta
anda sekaligus mengurangkan daya ketahanan serta jangka hayatnya. Lapisan
pelindung cermin akan lebih mudah rosak dan sekiranya cermin ada keretakan, ia
akan merebak dan mungkin pecah.
No. 2
Rajinkan diri untuk membersihkan cermin
serta pengilap cermin (wiper) dari pasir-pasir halus. Udara sekeliling kita
membawa bersama partikel-partikel halus seperti habuk, pasir dan lain2.
Partikel-partikel halus inilah kemudiannya akan mengakibatakan cermin anda
menjadi calar-balar. Apabila anda hidupkan pengilap cermin yang tidak
dibersihkan, ia akan menyeret bersama pasir-pasir halus tersebut. Jadi untuk
mengelakkan keadaan ini, pastikan anda bersihkan ia.
No. 3
Pernah tak batu-batu kecil dari lori
terkena pada cermin kereta anda? Lepastu cermin pun retak. Nak biar berapa lama
pula cermin tu? Haa inilah sikap rakyat Malaysia, punya nak berjimat kadang2
dekat 10 tahun guna kereta tu, keadaan cermin masih sama. Sebenarnya, cermin
yang retak mestilah diperbaiki dengan segera. Jangan biarkan sahaja kerana ia
boleh membawa kesan bahaya sekiranya tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin
boleh pecah pada waktu yang tidak dijangka. Boleh bayangkan tak?
No. 4
Tips mudah nak jaga cermin supaya tidak
kotor dan berminyak, elakkan meletak kenderaan anda berdekatan dengan kedai
makan terutamanya di bahagian dapur kedai makan tersebut. Kerana apa? Orang
masak menggunakan minyak, minyak-minyak itu nanti akan mudah melekat pada
cermin kereta anda. Cermin akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan
nanti.
selepas saya cuci cermin saya mengunakan product ni .saya terus ikut tips ni . alhamdullilah
sampai sekarang tak ada lagi bintik air ni melekat pada cermin kereta saya .
lawati kami di :
nak tanye mcm mne krim ni dpat menguatkan cermin kereta?
ReplyDelete